suria

Murray, Djokovic Berentap Di Final

Andy Murray.

SEPERTI dijangka, pemain Britain, Andy Murray akan bertemu Novak Djokovic pada aksi final Terbuka Australia selepas menewaskan Milos Raonic di separuh akhir, malam Jumaat.

Murray yang juga pemain pilihan kedua kejohanan menang 4-6 7-5 6-7(4) 6-4 6-2.

Kemenangan itu membolehkan Murray muncul buat kali kelima pada aksi final kejohanan tersebut.

Murray tewas kepada Roger Federer pada aksi final 2010 dan kecundang di tangan Djokovic pada 2011, 2013 dan 2015.

"Ia pastinya perlawanan yang sukar. Anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan ketika berdepan Djokovic.

"Saya perlu lebih fokus pada perlawanan itu nanti. Diharap kali ini, ia sedikit berbeza," katanya.

Andy Murray, Terbuka Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain