suria

Enggan Masuk Stadium Selagi Van Gaal Jurulatih Man United

PENYOKONG terkenal Manchester United, Fred Done berjanji tidak akan menonton perlawanan melibatkan Manchester United di Old Trafford sehingga Louis Van Gaal meletak jawatan atau dipecat.

Pemilik firma perjudian itu terkenal selepas membuat pembayaran kepada United supaya menjuarai Liga Perdana Inggeris pada 1998.

Done yang juga bookie terkenal di Old Trafford turut membuat pertaruhan kepada United untuk menjuarai liga pada 2012.

Bagaimanapun penyokong tegar United itu kini kecewa dengan aksi kelab berkenaan dan enggan melihat muka Van Gaal di Old Trafford.

"Penyokong di stadium tahu apa yang saya pertaruhkan sejak berpuluh tahun lalu demi United.

"Tetapi kini saya merasa bosan dengan kaedah bola sepak yang digunakan Van Gaal, saya akan kembali bila mereka menukar individu ini.

"Sejak tahun 65, daripada Duncan Edwards ke George Best, Bobby Charlton dan Paul Scholes, saya berada di Old Trafford. Tetapi kini satu mimpi yang malang," katanya ketika menulis untuk sebuah akhbar tempatan England.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain