Turut mengiringi mereka adalah pasangan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan gandingan campuran, Chang Peng Soon/Goh Liu Ying.
Namun, kejutan milik Soon Huat yang menundukkan pilihan ke-10, Jeon Hyeok Jin dari Korea Selatan 21-13, 21-16 untuk menempah pertemuan dengan pilihan utama, K Srikanth, Jumaat.
Terdahulu Srikanth menewaskan naib juara Masters Malaysia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin 21-9, 21-12 manakala Zulfadli mengetepikan rakan senegara, Goh Giap Chin 13-21, 21-16, 21-16 di pusingan ketiga.
Di suku akhir, Zulfadli akan menentang pemain veteran Thailand, Boonsak Ponsana yang menewaskan Shreyansh Jaiswal dari India 21-10, 21-18.
Laluan Chong Wei Feng terhenti selepas tewas kepada pemain China, Shi Yuqi 18-21, 19-21 manakala juara remaja dunia, Goh Jin Wei turut mengalami nasib sama selepas kalah kepada pilihan keenam acara perseorangan wanita, Yui Hashimoto dari Jepun 17-21, 10-21.
Sementara itu, V Shem/Wee Kiong mengejutkan pilihan keempat, Ko Sung Hyun/Shin Baek Cheol dari Korea Selatan apabila menang 21-14, 14-21, 24-22 untuk menempah pertemuan dengan gandingan Rusia, Vladimir Ivanov/Ivan Sozonov di suku akhir.
Peng Soon/Liu Ying turut mara ke suku akhir menentang pasangan Jepun, Kenta Kazuno/Ayane Kurihara yang menundukkan Pranaav Jerry Chopra/Nelakurihi Sikki Reddy dari India 21-14, 21-17.


