suria

Messi Mahu Kekal Bersama Barcelona

BINTANG Barcelona, Lionel Messi mengakui apa sahaja boleh terjadi dalam bola sepak, tetapi dia tahu apa yang diingininya.


“Saya mahu kekal di Barcelona.”

Messi berkata demikian ketika pertemuan dengan Persatuan Bolasepak Perancis mengenai rekod kelima anugerah Ballon d’Or baru-baru ini.

“Kesemua Ballon d’Or sangat istimewa. Yang pertama adalah kerana ia kali pertama kali.

“Yang kedua kerana dapat mempertahankan gelaran. Setiap Ballon d’Or mempunyai sebab tersendiri, ia satu sejarah.

“Saya yakin Neymar akan memenangi Ballon d’Or satu hari nanti kerana dia mempunyai kualiti dan seorang pemain yang mempunyai kelas tersendiri.

“Dia menjadi dirinya dan tahu apa yang diinginkan. Semuanya ada pada Neymar. Dia pantas, teknikal bagus, hebat dalam one-on-one,” jelas Messi.

Dalam masa sama, Messi menjelaskan dia perlu memikirkan masa depan memandangkan sudah mempunyai anak.

“Kelahiran anak lelaki saya, Thiago tiga tahun lalu telah mengubah persepsi kehidupan secara keseluruhannya.

“Sebelum ini hidup saya hanya bola sepak. Jika saya melakukan kesilapan dalam perlawanan, saya habiskan tiga hingga empat hari memikirkan perkara itu. Namun kini segalanya sudah berubah.

“Semua boleh terjadi dalam bola sepak, tetapi saya tahu apa yang saya inginkan. Dan saya mahu terus bersama Barcelona,” katanya.

Lionel Messi, Ballon d'Or

Artikel Berikut

Artikel Lain