suria

Piala AFC: JDT Bakal Hadapi Persaingan Hebat Dari Seberang Tambak

SINGAPURA: Juara Piala AFC, Johor Darul Ta'zim (JDT) dijangka menghadapi suatu gelombang persaingan yang hebat dari seberang Selat Tebrau musim ini.

Tampines Rovers bukan hanya mengidamkan tiga gelaran juara dalam liga tempatan tetapi ingin mengikut jejak langkah pasukan Liga Super Malaysia, JDT dengan memenangi Piala AFC, kata TODAYonline.com.

Laporan itu menyebut kelab bola sepak Singapura itu yang dikenali sebagai The Stags dipandang sebagai pasukan terkuat dalam Liga-S musim ini.

Pasukan itu mempunyai sembilan bekas pemain Lions XII, bekas pemain Arsenal dan Liverpool Jermain Pennant, pemain Young Lions Jordan Webb dan pemain pasukan Singapura seperti Mustafic Fahrudin dan Noh Rahman.

"Saya telah beritahu setiap pemain bahawa saya mahu mereka untuk mencapai impian sejauh mungkin. Kami perlu pergi sejauh yang kami mampu dalam kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL), kata Ketua Jurulatih Tampines Rovers, V.Sundramoorthy.


"Jika kami layak untuk peringkat kumpulan dalam ACL, itu sudah baik.Jika tidak maka kami mesti beraksi dengan baik dalam Piala AFC.Tanggungjawab pemain ialah meletakkan bola sepak Singapura di peta serantau," kata beliau.

TODAYonline.com dilaporkan berkata Piala AFC adalah pertandingan kelab tahap dua Persekutuan Bola Sepak Asia di belakang ACL dan menawarkan hadiah utama US$1 juta atau kira-kira RM4.36 juta.

Harimau Selatan JDT, memenanginya tahun lepas.

Menurut laporan itu, sejak 2004, Tampines beraksi sebanyak tujuh kali dalam Piala AFC, melangkah ke suku akhir dari 2005-07 tetapi tersingkir di peringkat kumpulan dari 2012-14.

Persembahan terbaik kelab dari Singapura ialah pada pertandingan 2014 apabila kedua-dua kelab, Home United dan Geylang International (sebelum itu dikenali sebagai Geylang United) bermain hingga peringkat separuh akhir," katanya.

"Yang bagusnya ialah pemain Lions XII sudah mengenali sesama mereka, pernah bermain bersama beberapa tahun sebelum ini. Sekarang, ialah untuk mewujudkan persefahaman yang kuat dengan pemain antarabangsa untuk bekerja sebagai satu unit. Jika JDT boleh menang Piala AFC, kami tidak berapa jauh," kata Sundram.

JDT, Piala AFC, Tampines Rovers

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA

Artikel Berikut

Artikel Lain