suria

Sampaoli Letak Jawatan Pengurus Chile

Jorge Sampaoli.

JORGE Sampaoli meletak jawatan sebagai pengurus Chile selepas tiada lagi persefahaman dengan presiden Persekutuan Bola Sepak Chile (ANFP) Arturo Salah yang baharu dilantik.

Sampaoli dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea selepas memimpin Chile menjulang troi Copa Amerika buat kali pertama.

Kejayaan itu membolehkan beliau dicalonkan bagi kategori anugerah Jurulatih Terbaik Fifa 2015.

Sampaoli dilaporkan sanggup membayar pampasan untuk meninggalkan kontrak tersebut dan melepaskan wang bonus di atas kejayaannya membantu Chile menjulang trofi Copa Amerika.

Beliau turut bersetuju membayar sejumlah bayaran kepada ANFP berhubung kontraknya bersama kelab itu.

"Dengan langkah itu, lembaga ANFP telah mencapai matlamat untuk menyelesaikan keadaan semasa yang membabitkan pasukan kebangsaan, mengelakkan proses tindakan mahkamah yang panjang," demikian menurut kenyataan ANFP.

Salah yang dilantik menggantikan bekas presiden Sergio Jadue berkata lembaga pengarah ANFP akan mencari pengganti Sampaoli dalam masa terdekat agar persediaan Chile dalam menghadapi aksi Piala Dunia tidak terjejas.


Chile, Jorge Sampaoli

Artikel Lain