suria

Terengganu Guna Khidmat Empat Jurulatih Indonesia Bagi Sukma

KUALA TERENGGANU: Terengganu menggunakan khidmat empat jurulatih dari Indonesia untuk mempersiapkan pasukan badminton negeri bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak, Julai ini.

Presiden Persatuan Badminton Negeri Terengganu, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah berkata skuad 20 pemain termasuk wanita sedang giat menjalani latihan intensif di bawah bimbingan jurulatih tersebut.

"Barisan jurulatih import ini dibantu oleh beberapa jurulatih tempatan," katanya.

Beliau berkata Terengganu akan menghantar 12 pemain lelaki dan wanita untuk menyertai acara perseorangan, beregu dan acara berpasukan dengan matlamat memburu pingat pertama dalam sejarah temasya sukan itu.

Temasya sukan itu akan berlangsung dari 22 hingga 31 Julai ini.

Syed Abu Bakar berkata skuad pelatih negeri terdiri daripada kalangan pelajar Sekolah Sukan Bukit Nenas Setiu dan menerusi kejohanan yang dianjurkan oleh negeri dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu. - BERNAMA

Artikel Lain