suria

Video Van Gaal Gelar Wartawan Sun 'Lelaki Gemuk'

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal enggan berbincang mengenai kritikan yang dilemparkan kepada kaptennya, Wayne Rooney dan memanggil seorang wartawan ‘lelaki gemuk’ pada sidang media selepas perlawanan seri 3-3 ke atas Newcastle Selasa lalu.

Wartawan dari Sun, Neil Custis bertanya soalan mengenai Rooney, namun Van Gaal enggan menjawab sebelum meninggalkan sidang media itu.

Custis mengajukan soalan kepada Van Gaal: “Wayne Rooney telah dikritik sepanjang musim ini...’ Namun belum pun habis soalan tersebut, Van Gaal  berkata: “Kami tidak lagi bercakap mengenai Wayne Rooney, yeah? Kamu yang mengkritik dia. Bukan saya. Kamu.’

Bagaimana pun ketika menuju ke pintu keluar bilik sidang media itu, Van Gaal berpusing ke arah sekumpulan wartawan dan menunding jari ke arah Custis.

“Kamu juga, lelaki gemuk, sana’. Pada Khamis, Custis tampil memberi kenyataan bahawa berat badannya meningkat selepas menjalani pembedahan di bahagian lutut.

“Kamu betul Louis. Saya gemuk. Saya menjalani pembedahan lutut empat bulan lalu yang menghalang saya untuk berlari dan pergi ke gimnasium.

“Tetapi saya cuba dan boleh bertahan daripada ‘jatuh’.  Agak malu apabila orang tidak boleh berbuat demikian,” jelas Curtis penuh makna.

Hubungan Van Gaal bersama media dilihat tegang apabila banyak kritikan terhadap pengurusan dan prestasi pasukan dilaporkan yang hanya menang satu laripada lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris setakat ini.

 Van Gaal menuduh pihak media menipu dalammelaporkan situasi di Old Trafford.

Louis Van Gaal, Neil Custis

Artikel Berikut

Mohamed Elneny Sah Milik Arsenal

Artikel Lain