suria

Read Madrid, Atletico Digantung Daripada Musim Pemindahan Pemain

Penggantung Real Madrid daripada terlibat dengan jendela perpindahan pemain dijangka turut memberi kesan kepada Ronaldo.

KELAB Real Madrid dan jirannya, Atletico digantung dua kali daripada terlibat dengan jendela perpindahan sehingga tahun 2017.

Jawatankuasa Disiplin FIFA menjatuhkan hukuman yang melarang kedua-dua kelab itu daripada melakukan sebarang pendaftaran pemain dalam skuad bagi tempoh dua kali jendela perpindahan pemain berlangsung.

Kedua-dua kelab itu dituduh melanggar peraturan berkaitan dengan pemindahah dan pendaftaran pemain antarabangsa  yang berumur bawah 18 tahun.

Real turut dikenakan denda sebanyak £622,000 (RM3.9juta)  Atletico perlu membayar £249,000 (RM1.5 juta), namun kedua-dua kelab ini dibenarkan melakukan perpindahan pemain yang sedang berlangsung sehingga akhir bulan ini.

Hukuman tersebut dikenakan selepas siasatan mengenai pemain-pemain yang terlibat dalam perlawanan bersama kelab itu di antara tahun 2007 dan 2014 (Atletico) manakala 2005 dan 2014 di Real.

“Menurut kenyataan FIFA: “Kedua-dua kelab digantung daripada mendaftar mana-mana pemain kebangsaan dan antarabangsa untuk dua kali tempoh pendaftaran dibuka kerana melanggar Peraturan Status dan Pemindahan Pemain-Pemain.

“Penggantungan tidak melibatkan proses pemindahan pemain yang berlangsung sekarang.”

Bagaimanapun FIFA tidak mendedahkan pemain-pemain bawah 18 tahun yang terlibat dengan kedua-dua kelab tersebut.

Penggantungan ini pastinya akan memberi kesan kepada beberapa pemain terkenal seperti Cristiano Ronaldo, Gareth Bale serta Paul Pogba.

Real mendedahkan pihaknya akan membuat rayuan terhadap hukuman gantung ini yang dianggap tidak munasabah.

Real Madrid, Atletico

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Raja Sepanyol

Artikel Berikut

Artikel Lain