suria

Mohamed Elneny Sah Milik Arsenal

Mohamed Elneny.

LONDON: Pemain tengah Mesir, Mohamed Elneny berjaya menyempurnakan perpindahan ke Arsenal dari kelab Switzerland, FC Basel.

Berita mengenai perpindahan Mohamed Elneny diumumkan Arsenal pada malam Khamis.

Namun, Arsenal tidak mendedahkan nilai perpindahan pemain itu.

"Arsenal sudah menandatangani Mohamed Elneny daripada FC Basel.

"Kami di Arsenal mengucapkan selamat datang kepada Mohamed", umum kelab tersebut dalam laman web rasmi mereka. 

Walaupun The Gunners tidak mendedahkan nilai perpindahan dan kontraknya, media di England melaporkan mereka membayar sebanyak 5 juta pound (RM32 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu.

Pemain kebangsaan Mesir itu sudah bersama Basel sejak 2013 dan pernah membantu kelab tersebut merangkul gelaran juara sebanyak tiga kali berturut-turut dalam saingan Liga Super Switzerland.

Dia beraksi 28 kali musim ini dan menjaringkan enam gol.


Mohamed Elneny, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain