suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Oscar Nafi 'Gaduh' Dengan Costa

Oscar nafi bergaduh dengan Costa.

PEMAIN tengah Chelsea, Oscar menafikan bergaduh dengan rakan pasukan, Diego Costa semasa sesi latihan sedang berlangsung.

Menurut laporan The Telegraph, kedua-dua pemain bintang itu terpaksa ditenangkan berikutan tindakan 'keterlaluan' Oscar terhadap Costa.

Sesi latihan antara Oscar dan Costa di pusat latihan Chelsea di Cobham dilaporkan berlaku dalam keadaan tenang.

Difahamkan pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink berjaya meleraikan keadaan dan kedua-dua pemain dilihat meninggalkan padang.

Namun, pemain berusia 24 tahun itu dalam laman Twitternya memberitahu tiada berlaku sebarang pergaduhan dengan Coasta.

Sebaliknya, Oscar menyifatkan penyerang Sepanyol berusia 27 tahun itu sebagai 'salah seorang teman baiknya.'

Chelsea akan menentang Scunthorpe pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA, Ahad ini.




Oscar, Diego Costa, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain