suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak Sabar Nak "Catwalk Carpet Pink"

PETALING JAYA: Selepas mendedahkan lakaran jersi The Red Warriors (TRW) impiannya, pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman turut menyatakan rasa tidak bersabarnya untuk 'catwalk' di hamparan karpet merah jambu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru, Kelantan.

Selain merancang untuk mengecat stadium tersebut dengan warna kegemarannya itu, usahawan wanita dari Machang yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu juga mahu hamparan karpet dengan warna sama di laluan khas wanita dan keluarga.

"Mungkin kaum wanita boleh berjalan bersama keluarga mereka di laluan karpet pink ini. Kita akan jadikan stadium ini sebagai medan bersama keluarga," katanya.

Malah, graduan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, beliau mempunyai pereka khas yang akan dilantik untuk mengubah stadium tersebut seperti yang diimpikannya selama ini.

"Saya ada pereka bentuk sendiri dan sudah arahkan pihak terlibat mengambil gambar stadium untuk tujuan ubah suai. 

"Saya akan lakukan dengan sepenuh hati kerana yakin stadium ini akan jadi daya tarikan baharu di Kelantan.

"Jadi saya rasakan sekarang (saya) kena buat betul-betul dengan mengambil kira pelbagai aspek, bukan sekadar cat sahaja," katanya kepada mStar Online.

Malah, beliau telah merancang untuk meninjau stadium tersebut sekiranya persetujuan dicapai dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada pertemuan peringkat akhir petang Jumaat ini.

"Sudah tentu, saya ada perancangan nak lakukan tinjauan ke stadium ini. Saya kena teliti apa yang perlu dilakukan untuk menaikkan lagi 'seri' stadium ini," katanya.


Datuk Vida, The Red Warriors

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Oscar Nafi 'Gaduh' Dengan Costa

Artikel Lain