suria

Aubameyang Ketepi Toure, Dinobat Pemain Terbaik Afrika 2015

Pierre-Emerick Aubameyang.

ABUJA, Nigeria: Pemain tonggak antarabangsa Gabon dan Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang mengetepikan calon pilihan, Yaya Toure untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Afrika 2015.

Menerusi undian yang dilakukan jurulatih dan pengarah teknikal setiap Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) itu, Aubameyang meraih 143 undi.

Manakala Toure, bintang Manchester City dan Ivory Coast yang memburu anugerah kelima berturut-turut sekadar memperolehi 136 undi.

Pemain Swansea City dari Ghana, Andre Ayew diundi di tempat ketiga dengan mendapat 112 undi.

Anugerah ini merupakan pengalaman terindah buat Aubameyang yang cemerlang dalam saingan Bundesliga.

Aubameyang tewas kepada Toure bagi musim 2014 yang ketika itu memastikan anugerah keempat menjadi miliknya.

Toure turut menerima anugerah tersebut bagi musim 2011, 2012 dan 2013.

Sementara itu, Herve Renard yang memimpin Ivory Coast muncul juara Piala Negara-Negara Afrika 2015 dipilih sebagai Jurulatih Terbaik melengkapkan kejayaan skuad The Elephants yang turut dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Tahunan.

Bagi anugerah lain turut menyaksikan pemain Cameroon, Gaell Enganamouit dinobat sebagai Pemain Wanita Terbaik Tahunan manakala Oghenekaro Etebo dari skuad B-23 Nigeria (Pemain Harapan) dan pemain B-17 Nigeria, Victor Osimhen dipilih sebagai penerima anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan. 

Skuad TP Mazembe pula dipilih sebagai Kelab Terbaik Tahunan manakala Charles Kumi Gyamfi (Ghana) dan Samuel Mbappe Leppe (Cameroon) diiktiraf sebagai legenda Afrika.


Pierre-Emerick Aubameyang

Artikel Sebelum

Keputusan ATP Terbuka Qatar

Artikel Berikut

Keputusan Copa Del Rey

Artikel Lain