suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jersi Merah Jambu Idaman Qu Puteh

PETALING JAYA: Teka- teki sama ada pasukan The Red Warrior (TRW) akan menggunakan jersi merah jambu bagi saingan Liga Malaysia musim ini akhirnya terjawab.

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida mengesahkan TRW akan menyarung jersi merah jambu sekiranya kata sepakat perjanjian tajaan selama dua musim dicapai petang Jumaat.


Malah beliau turut teruja berkongsi lakaran jersi idamannya untuk tatapan penyokong TRW.

Menurut Dr Vida, beliau memilih untuk menggunakan sentuhan tiga warna iaitu merah jambu, putih dan hitam bagi jersi tersebut.

Selain itu di tengah- tengah jersi tersebut akan diletakkan slogan Pamoga Qu Puteh, salah satu syarat utama dalam perjanjian tajaan ini.

Usahawan wanita kelahiran Machang ini berkata draf lakaran jersi tersebut juga masih dalam proses untuk disiapkan.

Artikel Lain