suria

Valencia Mahukan Giggs Bukan Gary

VALENCIA dilapor mahu melantik Ryan Giggs sebagai ketua jurulatih pasukan itu sebelum akhirnya mengumumkan Gary Neville ke jawatan berkenaan.

Nama Giggs didakwa telah disenarai pendek oleh pemilik Valencia, Peter Lim apabila membuat keputusan memecat Nuno Espirito Santo berikutan prestasi tidak menentu skuad berkenaan.

Bagaimanapun, kumpulan 'risikan' Valencia dimaklumkan bahawa Giggs gembira bertugas sebagai penolong jurulatih Manchester United, Louis Van Gaal.

Berita itu kemudian memaksa Lim yang juga pemilik bersama kelab Salford City yang turut dimiliki oleh 'Class 92' untuk melantik Gary sebagai ketua jurulatih.

Class 92 terdiri daripada Giggs, Gary dan rakan-rakan legenda United lain.

Giggs selain itu disebut sebagai individu yang akan dilantik bagi mengemudi skuad United selepas kontrak Van Gaal tamat pada pertengahan 2017.

Bagaimanapun terdapat dakwaan menyatakan Van Gaal mungkin akan meninggalkan United lebih awal berikutan kegagalan jurulatih kelahiran Belanda itu membawa sebarang trofi ke Old Trafford.

Manchester United, Valencia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain