suria

Swansea City Pecat Garry Monk

PENGURUS Swansea City Garry Monk akhirnya terima padah dipecat gara-gara hanya mencatat satu kemenangan daripada sebelas perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.


Monk dilepaskan daripada kelab selepas 22 bulan menguruskan skuad ini dan telah dimaklumkan pada Selasa bahawa perlawanan bertemu Manchester City hujung minggu ini merupakan sentuhan terakhirnya.

Namun pengerusi kelab, Huw Jenkins membuat keputusan lebih awal dengan memecat pengurus itu 40 minit selepas perbincangan di Stadium Liberty pada Rabu.

Jenkins berkata, ‘sesuatu perlu diubah’ dan keputusan sudah dicapai.

“Keputusan dibuat dengan berat hati dan agak malang kerana kami terpaksa berbuat demikian berdasarkan prestasi jauh merosot dan tanpa sebarang keputusan sejak tiga bulan lalu.

“Perlu diingat dengan perkara yang tidak dijangka berlaku di kelab ini sekarang, kami perlu penjelasan untuk bangkit.

“Kami tidak ambil mudah dengan keputusan ini, lebih-lebih lagi sejarah Gary bersama kelab ini.

“Kami berharap Gary akan lebih berjaya di masa depan dan terima kasih dengan khidmatnya yang bukan sahaja sebagai pemain hampir sedekad sebelum ini, tetapi juga sebagai pengurus.

“Dia  sentiasa dialu-alukan ke kelab ini. Dan kami berharap akan menemui pengganti Gary secepat mungkin,” jelas Jenkins.

Dalam pada itu, bekas pengurus kelab ini, Brendan Rodgers menjadi pilihan pertama Swansea walaupun sedar ia bukan mudah.

Ia pastinya saat  mengecewakan buat Monk yang mencipta rekod kelab dengan membawa Swansea aksi liga perdana musim lalu, namun dipecat setahun kemudian.

Swansea kini hanya kurang satu mata untuk berada di zon penyingkiran dan rekod kemenangan tunggal musim ini dengan menumpaskan Manchester United Ogos lalu selepas mencatat seri ketika bertemu Chelsea.

Swansea City, Garry Monk

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain