suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Juara-Juara: Man United Tersingkir Tewas Di Tangan Wolfsburg 2-3

Naldo (kanan) ketika menjaringkan gol dalam perlawanan saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara di Wolfsburg, Jerman. Foto AFP

MANCHESTER United tewas di tangan Wolfsburg dengan 2-3 dalam perlawanan bagi saingan akhir Kumpulan B Liga Juara-Juara di Stadium Volkswagen-Arena, Wolfsburg, Jerman.

Kekalahan ini menyebabkan Man United turun pada kedudukan ketiga dengan lapan mata.

Posisi kedua diambil alih oleh PSV Eindhoven yang menang 2-1 ke atas CSKA Moscow. 

Wolfsburg dan PSV Eindhoven masing-masing dengan 12 dan 10 mata, layak ke peringkat seterusnya.

Man United terlebih dahulu mengungguli perlawanan menerusi jaringan Anthony Martial pada menit ke-10.

Keunggulan Man United hanya bertahan dua minit selepas Naldo dari Wolfsburg menyamakan kedudukan dengan memberikan gol melepasi gawang yang dikawal David De Gea

Pada minit ke-29, Wolfsburg terus mencatatkan mata menerusi aksi Vierinha hasil umpan dari Julian Draxler.

Menerusi babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan kembali melancarkan tindak balas serangan.

Bagaimana kesilapan Guilavogui membuat bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke -82.

Wolfsburg kemudiannya berterus memberikan serangan ke atas Man United.

Pada minit ke-84, Naldo memberikan tambahan gol menerusi tandukan ke gawang Man United.

Tiada gol tambahan sehingga tamat permainan. Wolfsburg memenangi perlawanan ke atas Man United dengan skor 3-2.


Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain