suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rentak Permainan Man United Boleh Buat Penyokong Menangis - Van Hanegem

LEGENDA bola sepak Belanda sekitar 1974, Willem van Hanegem menyifatkan aksi yang dipamerkan pemain Manchester United dalam setiap perlawanan mampu membuatkan dia menangis.

Kritikan itu ditujukan Van Hanegem yang pernah membantu negaranya ke final Piala Dunia kepada rakan senegaranya, Louis van Gaal yang merupakan ketua jurulatih United.

Van Gaal dikatakan gagal menjadikan rentak permainan United lebih menarik dan kreatif sekaligus berjaya mendapatkan lebih banyak gol.

Malah, Van Hanegem mendakwa aksi pemain United semakin membosankan kerana tiada pemain bertaraf bintang dan benar-benar mampu mengubah kedudukan United untuk ke puncak liga.

Selain itu, taktikal yang digunakan Van Gaal turut mendapatkan kritikan daripada barisan bekas pemain United iaitu Roy Keane, Paul Scholes, Gary Neville, Rio Ferdinand, Owen Hargreaves dan Michael Owen.

Mereka masing-masing pelik dengan aksi pemain United yang enggan menyerang sebaliknya hanya mengawal permainan dan bertahan.

Taktikal membosankan itu turut memberi tekanan kepada penyokong yang akhirnya bersorak " serang, serang, serang" dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Manchester United, Belanda

Artikel Sebelum

Artikel Lain