suria

Liverpool, Man United Belanja Paling Tinggi Untuk Ejen Pemain

LIVERPOOL dan Manchester United berada di kedudukan teratas bagi kelab yang membayar ejen pemain paling tinggi kerana secara keseluruhan, dua pasukan ini memperuntukkan lebih 27 juta pound (RM172.98 juta), menurut Liga Perdana Inggeris pada Isnin.

Man United membawa beberapa pemain baharu pada perpindahan musim panas dengan harga yang tinggi. 

Kelab Red Devils itu membelanjakan lebih lebih dari 100 juta pound (RM640.68 juta) untuk mengambil Bastian Schweinsteiger, Morgan Schneiderlin dan Anthony Martial di Old Trafford.

Dalam proses mendapatkan para pemain yang diburunya itu, pasukan di bawah pengurus Louis van Gaal perlu membayar 13.8 juta pound (RM88.41 juta) kepada ejen pemain-pemain berkenaan.

Sementara itu, Liverpool mengeluarkan dana sedikit lebih besar dari Man United. 

Kelab The Reds membayar 14.3 juta poundsterling (RM91.61 juta) bagi membeli Christian Benteke, Adam Bogdan, Nathaniel Clyne, Roberto Firmino, Joe Gomez, Danny Ings dan James Milner.

Pesaing Man United, Manchester City turut mengeluarkan belanja yang cukup besar untuk membayar ejen pemain. 

The Citizens memperuntukkan 12.4 juta pound (RM79.44 juta) untuk mendapatkan bintang seperti Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling. 

Manakala Chelsea dan Arsenal menghabiskan 11 juta pound (RM70.47 juta).

Jumlah bagi bayaran ejen itu adalah antara 1 Oktober 2014 dan 30 September 2015.

Dalam pada itu, AFC Bournemouth pula merupakan pasukan  yang paling 'berjimat' kerana hanya membelanjakan 2.3 juta pound (RM14.73 juta) untuk bayaran ejen pemain.

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain