suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rusia Haramkan Kelab Bola Sepak Guna Khidmat Pemain Turki

Vladimir Putin (kiri) mengambil tindakan kurang bijak apabila mengharamkan pemain Turki daripada beraksi di liga negara berkenaan.

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin dilapor telah mengharamkan kelab bola sepak negara itu daripada menggunakan khidmat pemain Turki bermula 2016.

Tindakan tidak bijak itu dibuat berikutan dendam Rusia terhadap Turki yang menembak jatuh pesawat pejuang negara berkenaan ketika menceroboh ruang udaranya.

Selain itu, Rusia turut membatalkan program skuad bola sepak negara itu yang akan menjalani latihan musim sejuk di Turki pada bulan depan.

Seorang ahli poltik Rusia, Igor Lebedev mengumumkan Jawatankuasa Eksekutif bola sepak negara itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan latihan di Turki pada musim sejuk akibat masalah politik antara kedua-dua negara.

Selain itu, kumpulan kelab bola sepak Rusia turut memutuskan kerjasama dengan kelab dari Turki yang terjalin sebelum ini.






Turki, Rusia

Artikel Lain