suria

Klopp Lakar Kemenangan Pertama Aksi Liga Di Anfield, Tewaskan Swansea 1-0

JARINGAN James Milner menerusi sepakan penalti pada babak kedua perlawanan ketika bertemu Swansea City memberi kemenangan 1-0 di Anfield pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Isnin.

Milner menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62 sekaligus memberi kemenangan pertama Liverpool di Anfield dalam aksi EPL selepas 26 September lalu (menang 3-2 ke atas Aston Villa).

Malah ia juga menjadi kemenangan pertama Jurgen Klopp dalam aksi liga perdana di laman sendiri selaku pengurus baharu The Reds sejak mengambil alih tugas itu daripada Brendan Rodgers pada 8 Oktober lalu.

"Suasana berangin membuat corak permainan sentiasa berubah dan menyukarkan kedua-dua pasukan.

"Angin adalah 'musuh terbesar' dalam bola sepak, tetapi kami dapat melaluinya dengan baik.

"Kebiasaanya pemain-pemain lebih mudah ketika melakukan hantaran, namun sebaliknya berlaku.

"Bagaimanapun kami dapat mengatasi pihak lawan yang mempamerkan permainan lebih teratur," jelas Klopp.

Menurut Klopp, permainan kali ini lebih menyakinkan dengan kembalinya kapten pasukan Jordan Henderson yang berehat panjang sejak Ogos lalu kerana kecederaan, serta Danial Sturridge yang membuat penampilan pertama selepas 4 Oktober lalu.

"Berita baik untuk keluarga besar Liverpool. Dua pemain penting sudah kembali selepas berehat panjang," jelasnya.


Liverpool, Swansea City, Anfield

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain