suria

Liga Juara-Juara: Barca Berpesta Gol, Belasah Roma 6-1

Lionel Messi (kiri) dan Luis Suarez masing-masing menyumbangkan dua gol.
BARCELONA membelasah Roma 6-1 dalam perlawanan saingan Liga Juara-Juara di Stadium Camp Nou, awal pagi Rabu.

Kemenangan ini sekali gus mengangkat pasukan Luis Enrique sebagai juara Kumpulan E.

Barcelona kini mengumpul 13 mata daripada lima pertandingan manakala Roma menduduki tempat kedua.

Pesta gol Barcelona bermula sejak minit ke-15. Bermula dengan Daniel Alves membuat hantaran bola ke gawang, ia kemudian disudahkan oleh Luis Suarez.

Tiga minit kemudian, giliran Suarez pula menjadi pembantu kepada rakannya Lionel Messi. Bola yang dihantar Messi ke gawang lawang nyata tidak dapat diselamatkan penjaga golnya, Wojciech Szczesny.

Sebelum meninggalkan padang untuk babak pertama, Suarez sekali lagi mencatatkan nama di papan skor pada minit ke-44.

Dari jarak 12 meter, Suarez menyambut bola yang dipantulkan oleh Messi, sekali gus menamatkan babak pertama yang berkesudahan dengan mata 3-0.


Masuk separuh masa kedua, Barcelona masih mendominasi.

Pada minit ke-56, Gerard Pique berjaya melepasi kubu pertahanan Roma sebelum menyumbat masuk gol keempat perlawanan dan gol peribadinya yang ke-10 di Liga Juara-Juara.

Tiga minit kemudian, Messi sekali lagi menambah gol. Hantarannya sebelum itu sempat ditepis oleh Szczesny namun, bintang dari Argentina itu dengan pantas menyambar bola untuk sekali lagi menggegarkan gawang Roma.


Derita Roma bertambah pada minit ke-77 apabila Adriano menyumbat masuk gol keenam untuk Barcelona.

Roma mendapat gol sagu hati pada masa kecederaan menerusi Edin Dzeko yang menanduk bola yang diberikan oleh Lucas Digne ke gawang Marc Andre ter Stegen.

Pertandingan berakhir dengan gol 6-1 dan menjadikan Barcelona menjadi kelab paling produktif dalam saingan antara kelab Eropah. Dari segi bilangan gol, Barca unggul di atas.

Roma dan Bayer Leverkusen masing-masing kekal dengan lima mata, diikuti BATE Borisov empat mata.

Barcelona seterusnya akan bertemu Leverkusen dan Roma menentang BATE.
Barca, Lionel Messi, Liga Juara-Juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain