suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Formasi 6-0-4, Penyokong Mahu Rafael Benitez Dipecat

PENGENDALI Real Madrid, Rafael Benitez berada di bawah tekanan kuat apabila skuadnya tewas memalukan 4-0 kepada Barcelona di Santiago Bernabeu.

Berikutan itu juga, jawatan yang disandang Benitez kini panas apabila penyokong meminta supaya dia dipecat.

Pengkritik menyifatkan Benitez gagal menyediakan taktikal sempurna dan menimbulkan kekacauan dalam padang di kalangan pemain Real Madrid.

Formasi 4-2-3-1 yang digunakan jurulatih kelahiran Sepanyol itu dikatakan telah bertukar menjadi 6-0-4 ketika permainan berlangsung.

Formasi itu menyebabkan tiada pemain bertanggungjawab di bahagian tengah untuk menyekat kemaraan Barcelona.

Perkara itu turut menimbulkan kemarahan pemain apabila Marcelo gagal mengawal emosi dan menggelar wartawan sebagai bodoh ketika ditanya mengenai formasi berkenaan.

Sementara itu, Luka Modric pula dikatakan seperti binggung dengan aksi mereka apabila mendakwa tidak tahu apakah taktikal yang digunakan oleh Benitez.

Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain