suria

Saya Fikir Saya Akan Mati - Blatter

Sepp Blatter
PARIS: Presiden FIFA yang digantung, Sepp Blatter pada Ahad mendedahkan Ahad bahawa dia hampir berdepan kematian ketika mengalami masalah kesihatan baru-baru ini.

Dia yang digantung selama 90 hari untuk siasatan dakwaan rasuah dalam badan induk bola sepak dunia itu dimasukkan ke hospital awal bulan ini yang mengalami tekanan.

"Saya hampir kepada mati. Saya berada di antara malaikat-malaikat yang menyanyi dan Iblis yang telah menyalakan api, tetapi akhirnya saya merupakan malaikat-malaikat yang menyanyi itu," kata Blatter kepada penyiaran Swiss, RTS dalam satu wawancara yang akan disiarkan pada Rabu.

"Tekanan adalah sangat besar. Pada peringkat tertentu badan saya hanya berkata 'tidak','cukup- cukuplah'.

"Tetapi jika anda kuat dari segi psikologi anda boleh melawannya."

Pada September, pendakwaraya Swiss membuka kes jenayah terhadap Blatter atas dakwaan salah urus dan bayaran mencurigakan sebanyak $2 juta yang dibuat pada tahun 2011 kepada Ketua bola sepak Eropah Michel Platini, yang juga menjalani penggantungan selama 90 hari.

Tetapi dalam petikan daripada temu bual pada Rabu yang telah dikeluarkan kepada media pada Ahad, Blatter memuji Platini sebagai 'orang yang jujur'.

"Terdapat perjanjian ...malah dalam peraturan-peraturan FIFA pun di mana kontrak boleh dibuat sama ada secara bertulis atau lisan. Ia adalah satu kontrak lisan, kontrak kerja."


Bayaran yang dibuat untuk Platini pada tahun 2011 itu dilaporkan adalah untuk kerja-kerja yang dijalankan lelaki dari Perancis itu sedekad lebih awal.

Walaupun penggantungannya, Platini masih berpeluang untuk berjaya menyangi Blatter sebagai presiden FIFA ketika pemilihan diadakan pada bulan Februari.

Mengenai persoalan sama ada Presiden UEFA itu akan menjadi ketua FIFA yang baik, Blatter berkata: "Ya".

"Jika dia kembali, dia akan dipilih.
Sepp Blatter, Platini

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain