suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Janji Serang Barcelona

RAFAEL Benitez berjanji Real Madrid akan turun dengan taktikal  serangan dalam pertemuan El Clasico menentang Barcelona pada Sabtu.

Dengan adanya kesemua penyerang dalam keadaan cergas, jurulatih itu memberitahu, mereka tidak akan bermain dalam keadaan bertahan ketika melayan musuh utama itu.

"Karektor pasukan kali ini adalah menyerang, mendapatkan gol dan sentiasa berada berdekatan gol lawan.

"Itulah yang akan kami lakukan dalam perlawanan ini," jelasnya.

Benitez memberitahu, tiada perubahan akan dilakukan dalam formasi ketika ini walaupun Lionel Messi diturunkan dalam perlawanan itu.

Messi yang cedera sebelum ini kembali menjalani latihan bersama Barcelona walaupun dia didakwa tidak akan diturunkan dalam perlawanan itu.

Jurulatih Barcelona, Luis Enrique berkata, Messi mungkin tidak akan diturunkan untuk tempoh 90 minit kerana baru pulih daripada kecederaan.

"Dia belum pulih 100 peratus untuk beraksi selama 90 minit dalam perlawanan itu," katanya.

Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain