suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Memphis Depay Perlu Tingkatkan Kualiti Permainan - Van Gaal

LOUIS van Gaal mahu Memphis Depay meningkatkan kualiti permainan jika ingin kembali di atas padang sebagai kesebelasan utama Manchester United.

Memphis yang dibeli dari PSV Eindhoven dengan nilai £25 juta tidak diturunkan sebagai pemain utama United sejak Oktober lalu.

Ketua pasukan United, Wayne Rooney dijangka dapat kembali menguatkan pasukan itu namun Anthony Martial terpaksa direhatkan kerana kecederan ketika mewakili Perancis menentang England Selasa lalu.

Van Gaal juga dikatakan tidak mempunyai penyerang apabila Marouane Fellaini turut berada dalam keadaan cedera kertika ini.

Berikutan itu, tidak mungkin jurulatih kelahiran Belanda berkenaan akan menurunkan penyerang muda, James Wilson untuk mendapatkan kemenangan untuk United.

Selain itu, bintang baru United, Jesse Lingard antara nama yang disebut akan membarisi kesebelasan utama menentang Watford pada Sabtu.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain