Emas Olimpik: Beri Chong Wei Masa Tingkat Prestasi - Khairy

Khairy Jamaluddin. - foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

PUTRAJAYA: Datuk Lee Chong Wei perlu diberikan ruang mengembalikan prestasi cemerlangnya tanpa dibebani dengan harapan memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Rio tahun depan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata walaupun kembali menemui sentuhan juara dengan kejayaan di Terbuka Perancis pada Ahad, jaguh badminton perseorangan negara itu harus diberi masa sebelum sebarang kesimpulan dibuat mengenai peluangnya menghadiahkan pingat kepada negara.

"Susah nak kata sama ada Chong Wei sudah dapat kembalikan prestasi cemerlangnya tetapi saya yakin kemenangan semalam (Ahad) memberikan satu rangsangan moral cukup penting kepadanya," katanya mengulas kejayaan Chong Wei menewaskan pemain Taiwan Chow Tien Chen yang juga pilihan keenam kejohanan itu pada Ahad.

Khairy berkata harapan terhadap Chong Wei perlu dinilai berdasarkan aksi konsisten setiap pertandingan disertainya sebelum Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil terutamanya berhadapan dengan pemain ternama seperti Cheng Long dan Lin Dan dari China.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Kejohanan Perahu Layar Remaja Dunia ISAF (ISAF YWC 2015) di sini Isnin, beliau berkata secara umumnya bekas pemain nombor satu dunia itu tiada masalah dan rekod pertemuan juga menunjukkan Chong Wei konsisten menewaskan pencabarnya.

"Jadi, untuk berjaya di Rio nanti saya percaya beliau ada banyak lagi perkara yang dapat dipertingkatkan dari segi prestasi sebelum kita dapat betul-betul membuat kesimpulan bahawa beliau bersedia bagi pingat emas," katanya.

Khairy berkata kejayaan itu juga pastinya melonjakkan kedudukan Chong Wei daripada ranking ke-19 dunia ketika ini, sekaligus memberikan suntikan dalam meningkatkan semula keyakinan pemain itu dalam pemburuannya ke Sukan Olimpik.

Kemenangan di Stadium Pierre de Coubertin, Paris itu merupakan kejayaan sulung Chong Wei dalam saingan Siri Super tahun ini selepas kembali beraksi Mei lepas susulan digantung selama lapan bulan berhubung kes doping. - BERNAMA

Lee Chong Wei, Sukan Olimpik, emas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19