suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Sultan Selangor Hari Ini Dibatal Akibat Jerebu

Abdul Karim Munisar (tengah) melawat Stadium Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA: Perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 2015 yang dijadualkan di Stadium Shah Alam pada Sabtu dibatalkan akibat jerebu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksana Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abdul Karim Munisar dalam satu kenyataan berkata, pembatalan itu dilakukan selepas mendapat arahan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang bimbangkan kesihatan pemain dan penyokong.

Katanya, pihak penganjur memantau catatan IPU (Indeks Pencemaran Udara) dan sehingga jam 3.30 petang Sabtu mendapati catatan IPU pada 138.

"Pengumuman mengenai pemulangan bayaran tiket akan dibuat dalam waktu terdekat," kata Abdul karim pada petang Sabtu.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Pertandingan Piala Sultan Selangor yang memasuki edisi ke-14 dijadualkan bermula dengan aksi veteran Selangor dan veteran Singapura pada pukul 8 malam diikuti perlawanan utama antara Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura pada 9 malam. 

Piala Sultan Selangor diilhamkan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melibatkan pasukan pilihan serta veteran Selangor dan Singapura bagi mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.  

Baginda juga merupakan penaung kejohanan yang diperkenalkan sejak 2001 yang ketika itu dikenali sebagai Piala Pemangku Raja Selangor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain