suria

Guardiola Minat Urus Pasukan Liga Perdana Inggeris

JURULATIH Bayern Munich, Pep Guardiola dilaporkan berminat untuk menguruskan pasukan Liga Perdana di London.


Bekas pengurus Barcelona itu mendedahkan dia akan berpindah ke England jika tidak ada tanggungjawab di Bayern Munich.

“Kontrak Guardiola di Bayern akan berakhir musim ini,” jelas laporan di Sportsmail.

“Malah bos Munich itu menaruh minat untuk mengurus kelab di London, jika dia meninggalkan Bayern musim depan.”

Laporan Guardiola ingin ke London jika kontraknya bersama kelab gergasi Jerman itu tidak disambung Mei ini, malah dia dikaitkan dengan Manchester City selepas 'orang atasan' kelab  mengakui pengurus itu amat sesuai menggantikan tempat Manuel Pellegrini.

Dalam pada itu Guardiola turut dikaitkan dengan kelab Arsenal dan Chelsea.

Pep Guardiola, Bayern Munich, EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pellegrini Nafi Denda Kompany

Artikel Lain