suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Perancis

Lee Chong Wei.

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menghampiri gelaran ketiga musim ini apabila melangkah ke separuh akhir Kejohanan Siri Super Terbuka Perancis di Stadium Pierre de Coubartin di Paris.

Bekas pemain nombor satu dunia berusia 32 tahun itu hanya mengambil masa 36 minit untuk menempah slot separuh akhir apabila menewaskan pemain veteran dari Jepun, Sho Sasaki dengan straight set 21-9, 21-12 pada perlawanan suku akhir.

Sejak kembali dari penggantungan Mei lepas atas kesalahan doping, Chong Wei menjuarai Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada, kedua-dua pada Jun lepas.

Chong Wei akan menentang pemain China, Wang Zhengming pada pertemuan separuh akhir pada pukul 7 malam, Sabtu, waktu tempatan (1 tengah malam ini waktu Malaysia), menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Pemain bukan pilihan dari China itu mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain England, Rajiv Ouseph dalam rubber-set 21-17, 12-21, 21-8 pada satu lagi saingan suku akhir.

Bagaimanapun, cabaran Malaysia dalam empat lagi acara iaitu beregu lelaki, perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran berakhir pada pusingan awal pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$275,000 (RM1.18 juta).

Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain