suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jose Mourinho Yakin Chelsea Sapu Bersih Empat Piala

JOSE Mourinho yakin Chelsea mampu memenangi empat piala pada musim ini walaupun skuad itu mempamerkan aksi terburuknya sejak Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula.

Juara EPL musim lalu itu kini menghuni kelompok terbawah liga dengan ketinggalan 10 mata di belakang penduhulu carta.

Bagaimanapun pasukan itu yakin dapat menewaskan Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu untuk bangkit daripada kekalahan kepada Porto sebelum ini.

Mourinho berkata, kebangkitan Chelsea bermula dengan kemenangan ke atas Aston Villa pada Sabtu lalu.

"Kami mampu menang kesemua empat piala, dan kami juga mampu tewas dalam keempat-empat saingan. Semua peluang masih terbuka. Segalanya masih terbuka.

"Saya fikir untuk menang keempat-empatnya walaupun ia sukar untuk setiap pasukan, termasuk Manchester United atau Manchester City yang berada di kelompok teratas liga ketika ini.

"Di England ia sangat sukar. Keyakinan adalah asasnya. Kami perlukan taktikal disiplin, semangat dan usaha.

"Tumpuan, kerana tumpuan juga adalah asasnya. Setiap langkah ini akan membawa keputusan lebih baik dan keyakinan akan meningkat," jelasnya.




Chelsea, EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain