suria

Iskandar, Kien Kiat/ Boon Heong Muncul Juara Cabaran Antarabangsa Swiss

Iskandar Zulkarnain Zainuddin

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin memenangi gelaran antarabangsa ketiganya untuk tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Swiss 2015 pada Ahad.

Iskandar, pemain pilihan keenam mencatat keputusan sensasi dengan mengetepikan pilihan ketiga kejohanan dari Finland Ville Lang pada perlawanan akhir yang berlangsung di Des Isles Sports Centre, Switzerland.

Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini memenangi dua kejuaraan berturut-turut iaitu Siri Antarabangsa Singapura pada Ogos dan Siri Antarabangsa Poland pada September.

Terdahulu pada separuh akhir beliau mengejutkan pilihan keempat, Anand Pawar dari India, 20-22, 21-16, 21-9.

Turut mencatat kemenangan juara ialah bekas naib juara beregu lelaki Kejohanan Dunia 2010, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong, juga gelaran ketiga bagi tahun ini dengan mengalahkan beregu pilihan ketiga Peter Briggs/Tom Wolfendendari England 18-21, 21-16, 21-16.

Pasangan yang digandingkan semula pada Mei lalu memenangi dua kejuaraan sebelum ini iaitu Cabaran Antarabangsa Sri Lanka 2015 pada Jun dan Cabaran Antarabangsa Rusia pada Julai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain