suria

Pep Guardiola Mengaku Bosan Di Bayern Munich

PEP Guardiola memberi isyarat bahawa dia bakal meninggalkan Bayern Munich pada sidang media pra-perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Arsenal.

Bekas jurulatih Barcelona itu mendedahkan bahawa dia bosan untuk berkhidmat untuk tempoh lama dalam satu kelab.

Tindakannya turut menarik perhatian kelab gergasi seperti Manchester City yang mahukan jurulatih baru pada musim depan.

"20 tahun dalam satu kelab agak mustahil untuk dilakukan. Tiada sesiapa yang mempunyai tenaga lebih untuk berbuat demikian kerana ia membosankan penyokong.

"Kecuali Arsenal, juga Alex Ferguson. Wenger bukan sahaja jurulatih, tetapi dia seorang pengarah sukan.

"Dia membuat perubahan untuk keseluruhan kelab kerana sebelum ini Arsenal bermain dalam keadaan bertahan.

"Watak Wenger lebih daripada seorang jurulatih. Dia merupakan segalanya. Dia mampu berada di kelab itu untuk tempoh lebih lama. Saya?... tidak.

Skuad bimbingan Guardiola yang belum tewas dalam 12 perlawanan terakhirnya termasuk dalam saingan Bundesliga bakal menentang anak didik Wenger yang dahagakan kemenangan.

Bayern Munich, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain