suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilihan Presiden FIFA Baharu Kekal 26 Februari Depan

Sepp Blatter
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan kongres pemilihan presiden baharu akan tetap diadakan pada 26 Februari 2016, seperti yang dijadualkan sebelum ini.


Keputusan tersebut dibuat ketika mesyuarat Ahli Lembaga Tertinggi FIFA pada Selasa.

Pengundian dijangka akan berlangsung ketika Kongres FIFA berlangsung di Zurich.

Turut dipersetujui dalam mesyuarat tersebut mengenai ketelusan etika mengikut prosiding dengan Artikel 36  (Kod Etika) organisasi perlu dipinda sebagai keputusan.

Setakat ini, bahagian pertama artikel 36 menjelaskan “semua ahli Jawatankuasa Etika dan ahli sekretariat perlu memastikan kerahsiaan ketika majlis berlangsung dan tugas adalah sulit...hanya keputusan akhir yang telah disahkan mungkin boleh didedahkan kepada umum.”

Kerusi utama FIFA kembali menjadi rebutan selepas pimpinan sebelum ini yang diterajui oleh Sepp Blatter dikaitkan dengan skandal rasuah.



Kongres FIFA, Presiden

Artikel Lain