suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rooney Pemain Inggeris Terbaik Selamanya - Herrera

Herrera (kiri) sentiasa menerima sokongan Rooney dalam apa jua situasi.

PEMAIN tengah Manchester United, Ander Herrera yakin rakan sepasukannya Wayne Rooney merupakan pemain terbaik Inggeris selamanya.

Rooney turut menyumbang gol pada aksi kemenangan 3-0 ke atas Everton Sabtu lalu, yang menyaksikan United kekal berada di tangga ketiga liga.

Dan Herrera yang juga meledak gol di Goodison Park menunjukkan rasa hormat kepada kaptennya itu dan mengakui Rooney amat berpengaruh di United.

"Wayne adalah ketua kami. Dia adalah pemain Inggeris yang terbaik dalam sejarah bola sepak Inggeris dan kami amat bertuah memilikinya.

"Apabila dia menunjukkan aksi perjuangan seperti hari ini, kami sangat berbangga. Dia juga banyak membantu saya," jelas Herrera.

United yang ketinggalan dua mata dengan pendahulu liga, Manchester City bakal menerima kunjungan 'musuhnya' itu di Old Trafford Ahad ini.

"Jika ingin menjadi juara, kami tidak boleh terus bermain seperti sekarang," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain