suria

Djokovic Dinobatkan Juara Terbuka China, Singkir Nadal

Djokovic (kanan) dan Nadal bersama trofi kejuaraan masing-masing.

JAGUH tenis No. 1 dunia, Novak Djokovic meneruskan rentak kejuaraan dengan menjulang trofi Terbuka China selepas mengalahkan Rafael Nadal di pentas akhir pada Ahad.

Kemenangan 6-2 6-2 pemain Serbia itu sekaligus melebarkan rekod juara kejohanan ini buat kali keenam selepas mempamerkan aksi garang kepada pemain Sepanyol itu.

"Saya bermain dalam kejohanan yang hebat, dan turut beraksi baik hari ini.

"Sudah tentu tahun ini merupakan tahun yang paling cemerlang dalam karier saya. 

"Saya telah menjuarai Terbuka Australia sebanyak lima kali, tetapi Beijing lebih istimewa bagi saya.

"Saya sentiasa datang ke sini (Beijing) dengan memori yang positif," katanya selepas menerima trofi kejuaraan.

Setakat ini, pemain berusia 28 tahun itu telah mencatat 56 gelaran keseluruhannya, lapan daripada jumlah itu direkodkan tahun ini termasuk Terbuka Australia, Wimbledon, Terbuka Amerika Syarikat.

Artikel Lain