suria

F1: Pedal Rosak, Rosberg Terpaksa Tarik Diri Saingan Di Rusia

PELUMBA Mercedes Nico Rosberg terpaksa menarik diri daripada meneruskan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Rusia selepas menguasai petak pertama gara-gara masalah pada jenteranya.

Pelumba Jerman yang berusaha merapatkan jurang 48 mata kedudukan pelumba dengan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton mengadu pedal pada jenteranya rosak.

Sejurus selepas itu, Hamilton terus mengetuai perlumbaan dalam misinya untuk merangkul kejuaraan kesembilan musim ini malah terus meninggalkan Rosberg dengan 73 mata.

Masalah yang dialami Rosberg itu menggugatkan harapan Mercedes untuk mencatat juara keseluruhan pengeluar di Sochi buat kali kedua berturut-turut, malah mereka telah pun memakai baju-T '2015 world champions'.

Mercedes memerlukan kelebihan tiga mata ke atas Ferrari namun pasangan pelumba Itali, Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen berada di tempat ketiga dan keempat selepas Rosberg menarik diri.

"Rakan pasukan kamu telah terkeluar. Teruskan fokus pada perlumbaan ini," jelas pasukan radio kepada Hamilton yang ketika itu sedang memintas Rosberg di lap keenam.

"F1 kadang-kala sangat sukar untuk dipercayai.

"Selepas memulakan aksi terbaik, mengetuai perlumbaan dan mempunyai tahap keyakinan, pedal kereta patah. Ia sedikit berbahaya.

"Sudah tentu ia bukan cara terbaik menamatkan hari ini.

"Saingan merebut kejuaraan semakin sukar dan sudah tentu saya tidak akan meraihnya jika berlaku masalah seperti ini.

"Namun saya akan kembali, terus memberi saingan dan cuba meraih kemenangan di Texas," jelasnya.

Nico Rosberg, Mercedes, GP Rusia, F1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain