suria

Jurgen Klopp Terima Kontrak 3 Tahun Kendali Liverpool

Jurgen Klopp bakal dipernalkan sebagai pengurus baru Liverpool dalam tempoh 24 jam lagi.

BEKAS pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp akan tiba di Anfield pada petang Khamis waktu Britain untuk menandatangani kontrak tiga tahun dengan kelab barunya Liverpool dan selepas itu diperkenalkan sebagai pengurus mereka yang baru.

Portal berita Mail Online melaporkan yang Klopp telah selesai mengadakan rundingan dengan Kumpulan Fenway Sports yang diketuai presidennya, Mike Gordon dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ian Ayre.

Menurut laporan itu, Klopp bakal menerima gaji sekitar £4 juta semusim selama tiga tahun.

Dia akan diterbangkan ke England dari Jerman dengan jet peribadi untuk menurunkan tandatangannya pada kertas perjanjian yang khabarnya telah pun disediakan oleh pengurus Liverpool untuknya.

Klopp dikatakan bersetuju untuk mengurus Liverpool selepas pihak menguruskan memberi mandat sepenuhnya kepada beliau menentukan kemasukan dan penghijrahan pemain - tidak sepertimana pengurus yang dipecat, Brendan Rodgers yang harus mengadap sebuah jawatankuasa khas pembelian pemain.

Klopp dilaporkan turut diberi kebebasan untuk membawa masuk kakitangan dan pasukan kejurulatihannya sendiri seperti Zelkjo Buvac dan Peter Krawietz yang sebelum ini menjadi orang kanannya ketika di Dortmund.

Pembantu Rodgers seperti Sean O'Driscoll mengumumkan yang dia turut meletakkan jawatan dengan serta merta sebelum ketibaan Klopp manakala bekas pemain Liverpool Gary McAllister yang baru saja dilantik sebagai jurulatih awal musim ini disebut akan diberi peranan baru oleh kelab berkenaan.

McAllister merupakan figura yang popular di kalangan penyokong Liverpool.

Klopp, 47, memenangi dua kejuaraan Bundesliga bersama Dortmund, merupakan jurulatih pilihan paling popular selepas pengurusan FSG membuat keputusan untuk menamatkan khidmat Rodgers selepas tiga tahun.

Dia dipecat Ahad lalu sejam selepas tamatnya perlawanan menentang Everton, yang berkesudahan seri 1-1.

Jika Klopp diperkenalkan sebagai pengurus Liverpool yang baru dalam tempoh 24 jam dari sekarang, bermakna, dia akan mengendalikan lima perlawanan bulan ini bermula dengan perlawanan menentang Tottenham di tempat lawan pada 17 Oktober (Liga Perdana).

Lain-lain perlawanan adalah seperti berikut;

> 22 OKT: Rubin Kazan (Liga Eropah)

> 25 OKT: Southampton (Liga Perdana)

> 28 OKT: Bournemouth (Piala Liga)

> 31 OKT: Chelsea (Liga Perdana)

> 5 NOV: Rubin Kazan (Liga Eropah)

Artikel Lain