suria

Berita Terkini: Fifa Gantung Khidmat Sepp Blatter, Michel Platini & Jerome Valcke

Sepp Blatter digantung khidmat 90 hari oleh Jawatankuasa Etika Fifa.

ZURICH: Persekutuan Bolasepak Dunia (Fifa) pada Khamis mengambil keputusan untuk mengantungkan khidmat Presidennya Sepp Blatter, Setiausaha Agung Jerome Valcke dan Naib Presiden Michel Platini selama 90 hari bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan ke atas mereka berhubung pelbagai dakwaan skandal dan salah guna kuasa khususnya ketika anugerah hos temasya Piala Dunia.

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Etika Fifa yang bersidang pada Khamis.

Dengan pengantungan tersebut sekaligus bermakna, kedua-dua Blatter dan Platini tidak akan dapat bersaing untuk jawatan presiden Fifa yang dijadualkan akan dilangsungkan semula pada Februari tahun depan.

Platini adalah juga presiden Kesatuan Bolasepak Eropah atau Uefa.

Michel Platini

Dalam pada itu, jawatankuasa berkenaan turut mengantung keanggotaan bekas Naib Presiden, Chung Mong-joon dari Korea Selatan selama enam tahun dan didenda 100,000 Swiss Francs.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Fifa, pengantungan selama 90 hari ke atas tiga pegawai utamanya itu boleh dilanjutkan tidak lebih daripada 45 hari lagi selepas tempoh berkenaan tamat.

Kenyataan itu juga turut menyebut, sepanjang tempoh pengantungan tersebut, kesemua mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti bolasepak sama ada di peringkat badan induk mahupun antarabangsa. 

Pengantungan tersebut berkuatkuasa serta merta.

Jelas kenyataan itu lagi, sebuah Jawatankuasa Siasatan telah ditubuhkan untuk melaksanakan prosiding siasatan dipengerusikan oleh Dr Cornel Borbély.

Artikel Lain