suria

Van Gaal Akui Arsenal Paling Hebat

LONDON: Menjelang pertemuan Arsenal dan Manchester United menjelang malam Ahad, Louis van Gaal secara terbuka mengakui meminati corak permainan pasukan lawannya itu.

Van Gaal menganggap Arsenal sebuah pasukan yang mempunyai teknikal terbaik di England.

Pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Emirates itu dinantikan pengendali United itu, malahan van Gaal turut tertanya-tanya kaedah yang bakal digunakan Gunners nanti.

"Arsenal adalah salah satu pasukan paling hebat dalam liga terutama dari segi teknikal dan taktikal, mungkin juga yang terbaik. Saya suka melihat corak permainan mereka.

“Walaupun tidak mencapai banyak kemenangan, lihat bagaimana peningkatan mereka.

“Kami boleh dianggap bernasib baik di Emirates musim lalu. Saya percaya ketika itu Arsenal bermain lebih baik tetapi kami muncul pemenang. Di dalam saingan Piala FA, kami tewas. Itulah bola sepak. Anda boleh tewas walaupun ketika itu bermain sebagai pasukan lebih baik," katanya.

Arsenal dijangka menampilkan aksi menari untuk bangkit selepas berdepan kekalahan di tempat sendiri kepada Olympiakos dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Skuad kendalian Arsene Wenger itu tumpas 3-2 di tangan Olympiacos, 24 jam sebelum United melakar kemenangan 2-1 ke atas Wolfsburg di Old Trafford.

United yang menewaskan Arsenal 2-1 di gelanggang sama musim lalu, akan bertandang selaku pendahulu Liga Perdana, sekali gus menjangka pertembungan kali ini pasti sengit.




Arsenal, Louis van Gal, United

Artikel Berikut

Artikel Lain