suria

Tenis: Huey-Kontinen Juara Beregu Terbuka Malaysia 2015

Pasangan regu Treat Huey dan Henri Kontinen dinobatkan sebagai juara acara beregu Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2015. Foto IZZRAFIQ ALIAS / The Star
KUALA LUMPUR: Treat Huey dan Henri Kontinen dinobatkan sebagai juara acara beregu Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2015 selepas menewaskan Raven Klaasen /Rajeev Ram pada aksi akhir di Stadium Putra Bukit Jalil pada Ahad.


Pasangan dari Filipina-Finland itu mengambil masa satu jam 17 minit untuk mengetepikan Klaasen (Afrika Selatan) dan Ram (Amerika Syarikat) secara straight set, 7-6(4) 6-2.

“Kami bermain dengan baik walaupun ketinggalan satu atau dua mata. Ia memang sesuatu yang amat teruja apabila perlawanan berakhir dengan kemenangan.

“Malah saya terdengar  sokongan dari penyokong Filipina dan itu menambahkan lagi keistimewaan aksi ini,” jelas Huey.

Sementara itu Kontinen mengakui kemenangan ini memang tidak dijangka apabila mula berpasangan dengan Huey.

“Sejak dari awal perlawanan, kami dapat rasakan kerjasama dan memahami antara satu sama lain.

“Dan kami banyak berbincang mengenai perlawanan dan apabila kamu banyak memenangi banyak perlawanan dalam tie breaks, kamu akan dapat keyakinan untuk menemui rentak yang lebih baik,” kata Kontinen.

Sementara itu, trofi juara ini merupakan gelaran ketiga Huey dalam empat aksi akhir musim ini, manakala kemenangan pertama Kontinen tahun ini dalam acara beregu dan koleksi keduanya selepas Terbuka Generali tahun lalu.

MOKL, Final beregu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain