suria

La Liga: Tanpa Messi, Barcelona Tewas 2-1 Kepada Sevilla

Neymar kelihatan kecewa selepas beberapa percubaannya gagal menembusi gol Sevilla.
BARCELONA mencatat kekalahan kedua aksi Liga Sepanyol musim ini selepas tewas 2-1 kepada Sevilla pada aksi Sabtu malam.


Beraksi pertama kali tanpa Lionel Messi  yang mengalami kecederaan menyaksikan anak buah Luis Enrique gagal mencari sebarang gol.

Mereka turut dikejutkan dengan dua gol dalam tempoh enam minit pada babak kedua melalui jaringan Krohn-Dehli pada minit ke-52 dan Vicente Iborra minit ke-58.

Manakala gol tunggal Barca diperolehi melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Neymar pada minit ke-74.

Sandro dan Luis Suarez cuba bekerja keras membuka ruang untuk mencari gol, manakala usaha Neymar tidak  kesampaian apabila dua percubaannya terkena palang, malah lebih malang bola yang disepaknya itu bergolek dan berhenti di garisan gol sahaja.

Barcelona kini di tangga ketiga liga dengan kekurangan tiga mata daripada pendahulu, Villareal (16 mata).

Sementara itu, keputusan 2-1  ini begitu bermakna kepada pengendali Sevilla, Unai Emery yang pertama kali mencatat kemenangan ke atas Barcelona setelah 22 kali tewas sebelum ini sepanjang bergelar jurulatih.

Barcelona, La Liga

Artikel Lain