suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wayne Rooney Nafi Mahu Tinggalkan Man United

WAYNE Rooney menafikan pernah memohon untuk meninggalkan Manchester United pada 2010 dan 2013.

Pemain berusia 29 tahun itu memberitahu tidak pernah melakukan permohonan rasmi walaupun mempunyai tindakan ke arah itu sebelum ini.

Kontroversi pemindahan Rooney ke kelab lain tercetus pada 2010 apabila dia enggan menandatangani lanjutan kontrak.

Tindakan itu dikatakan berpunca daripada keputusan United yang enggan menarik pemain bertaraf bintang ke kelab berkenaan.

Bagaimanapun Rooney bertindak pantas menurunkan tandatangan apabila Chelsea membuat bidaan rasmi sebanyak dua kali untuk mendapatkan penyerang England tersebut.

"Saya berkata (kepada Alex Ferguson) jika kamu tidak mahu saya bermain, mungkin lebih baik saya berpindah.

"Tetapi saya tidak pernah membuat permohanan rasmi untuk berpindah," dedah Rooney dalam satu dokumentari bersama BBC.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain