suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Everton Bangkit Tundukkan West Bromwich 3-2

Lukaku menjaringkan gol kemenangan Everton.

EVERTON bangkit selepas ketinggalan dua gol di belakang West Bromwich Albion pada babak kedua untuk mengutip tiga mata penuh pada aksi Liga Perdana Inggeris di The Hawthorns, awal pagi Selasa.

Everton menundukkan West Bromwich Albion 3-2.

Pasukan tuan rumah berada di depan seawal minit ke-41 menerusi jaringan Saido Berahino.

West Bromwich terus selesa apabila Craig Dawson menjaringkan gol kedua pada minit ke-54.

Namun kegembiraan pasukan tuan rumah itu tidak bertahan lama apabila Everton bangkit menerusi jaringan Romelu Lukaku seminit kemudian.

Arouna Kone menjaringkan gol penyamaan untuk Everton pada minit ke-75.

Malah, tuah terus mengiringi Everton apabila Lukaku melengkapkan gol ketiga selepas memanfaatkan hantaran Gerard Deulofeu ketika perlawanan berbaki enam minit.

Kemenangan itu bermaksud Everton kini mendudukit tempat kelima, ketinggalan satu mata di belakang Arsenal.

Everton, Liga Perdana Inggeris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain