suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Victor Valdes Jadi Mangsa Penghinaan Van Gaal

VICTOR Valdes terus berhadapan penghinaan di Manchester United selepas diminta berlatih berseorangan pada waktu berbeza daripada sesi latihan skuad utama.

Pengendali United, Louis van Gaal dilapor telah menyediakan garis panduan latihan untuk penjaga gol veteran itu supaya dia tidak bercampur dengan pemain lain.

Garis panduan tersebut dianggap penghinaan apabila bekas penjaga gol Barcelona berkenaan diminta untuk turun latihan di Carington ketika pemain lain tiada.

Oleh itu, Valdes, 33, akan berlatih berseorangan pada waktu petang jika latihan skuad utama pada sebelah pagi dan sebaliknya.

Tindakan itu dibuat Van Gaal bagi memastikan pemain lain mengikut, arahan dan falsafahnya dalam pengurusan manusia.

Valdes pada tahun lalu menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama United selepas dia dilepaskan oleh Barcelona.

Manchester United, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain