suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Ini Prestasi Terburuk Chelsea Selama Tujuh Tahun" - Jose Mourinho

JOSE Mourinho menyifatkan aksi barisan pemain Chelsea pada babak pertama ketika mereka menentang Newcastle adalah yang terburuk pernah dilihat sepanjang tempoh memimpin kelab berkenaan.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris di St James Park itu, Chelsea ketinggalan 2-0 sebelum terpaksa berhempas pulas untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ramires dan Willian.

Ditanya adakah ia aksi terburuk sepanjang karier di Chelsea, jawabnya," ya, sudah tentu.

"Saya telah melalui banyak perlawanan sepanjang tujuh tahun memimpin Chelsea dan ada yang hambar. Saya masih ingat salah satunya di Middlesbrough pada 2005 dan 2006, kami tewas 3-0 pada babak pertama.

"Tapi pada babak pertama perlawanan kali ini, saya dapat tafsirkan prestasi pemain, ia sangat memalukan.

"Jika terdapat aksi buruk daripada ramai pemain, ia agak sukar untuk sebuah pasukan bermain sebagai sebuah pasukan."

Chelsea, Newcastle

Artikel Lain