suria

Man Utd Lompat Ke Tangga Teratas Liga Selepas Kalahkan Sunderland 3-0

Rooney akhirnya berjaya menjaringkan golnya yang pertama dalam Liga Perdana Inggeris selepas mengharungi 12 perlawanan liga tanpa gol.

> Spurs 4-1 Man City

> Southampton 3-1 Swansea

> Liverpool 3-2 Aston Villa

> Stoke City 2-1 Bournemouth

> Leicester City 2-5 Arsenal

> Wes Ham 2-2 Norwich

> Newcastle 2-2 Chelsea 

MANCHESTER UNITED tiba dipuncak Liga Perdana Inggeris dengan penuh bergaya selepas berjaya menumpaskan pasukan tercorot liga, Sunderland 3-0 pada Sabtu.

Kekalahan Manchester City 1-4 di tangan Tottenham Hotspurs membolehkan United berada satu mata di hadapan lawan mereka itu dengan mengumpul 16 mata selepas tujuh perlawanan.

"Tahun lalu pada waktu ini, kami berada di tangga ke-13 jadi saya sangat gembira sekarang," kata pengurus United, Louis van Gaal.

Kali terakhir United berada di kedudukan ini dalam liga ialah dua tahun yang lalu iaitu ketika Sir Alex Ferguson masih menjadi pengurus.

Kemenangan hari ini juga dianggap sangat bermakna buat dua pemain United iaitu kapten mereka, Wayne Rooney yang akhirnya berjaya menjaringkan gol selepas 12 perlawanan liga dan begitu juga dengan Memphis Depay, penyerang Belanda yang menjaringkan gol liganya yang pertama.

Gol ketiga United disumbangkan oleh Juan Mata pada minit terakhir perlawanan.

Bagi Sunderland pula, kekalahan ini bermakna, mereka masih gagal mencatatkan kemenangan lagi sejak musim baru bermula.

Penyerang sensasi Perancis, Anthony Martial, gagal untuk mencipta sejarah sebagai pemain United yang pertama menjaringkan gol dalam empat perlawanan permulaan berturut-turut tetapi dia menyumbang untuk gol kedua United dengan melorong bola mengatasi tiga pemain pertahanan Sunderland untuk membolehkan Rooney menjaringkan gol.

STATISTIK PERLAWANAN:

Manchester United (Formasi: 4-2-3-1): De Gea 6.5; Valencia 5.5, Smalling 6, Blind 7 (Jones 74 6), Darmian 6; Carrick 6.5 (Schweinsteiger 68 6.5), Schneiderlin 6; Mata 7, Rooney 6, Depay 6.5 (Young 77); Martial 7.5.

Gol: Depay 45, Rooney 46, Mata 90.

Simpanan Tidak Digunakan: Romero, Herrera, Pereira, Fellaini.

Sunderland (Formasi: 4-2-3-1): Pantilimon 6; Jones 6, O'Shea 6, Kaboul 5.5, van Aanholt 6; Cattermole 6, M'Vila 6; Johnson 5.5 (Fletcher 45 6), Toivonen 6 (Larsson 70 6), Lens 6.5; Borini 5.5.

Kad Kuning: Jones, Johnson, Cattermole.

Simpanan Tidak Digunakan: Mannone, Coates, Yedlin, Gomez, Defoe.

Jumlah Penonton: 75,328.

Penguasaan Perlawanan: United: 66%; Sunderland 34%.

Sepakan Ke Arah Gol: United 12; Sunderland 8.

Sepakan Tepat Ke Sasaran: United 7; Sunderland 4.

Sepakan Sudut: United 5; Sunderland 2.

Hantaran bola: United 600; Sunderland 309.

Hantaran Tepat: United 87%; Sunderland 73%

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain