suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1: Rosberg Tempah Petak Pertama Di Litar Suzuka

NICO Rosberg kembali meletakkan pasukannya, Mercedes di petak pertama dengan menguasai perlumbaan pusingan kelayakan Formula Satu (F1) Grand Prix Jepun di Litar Suzuka pada petang Sabtu.

Pelumba Jerman itu meraih posisi tersebut buat kali pertama sejak aksi Mei lalu di Sepanyol apabila bendera merah dikibar 36 saat sebelum masa psuingan kelayakan berakhir sekaligus mengecewakan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang cuba meraih petak pertama buat kali ke-12 dalam 14 aksi musim ini.

Hamilton bakal memulakan perlumbaan Ahad ini di petak kedua.

Perlumbaan terpaksa dihentikan lebih awal selepas pelumba Red Bull, Danii Kvyat terlibat dengan kemalangan apabila gagal mengawal jenteranya terbabas di kawasan rumput di selekoh tajam.

Bagaimanapun Kvyat tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan penuh dramatik itu.

"Situasi yang positif selepas melalui saat sukar di Singapura minggu lalu. Kami benar-benar mahu menguasai perlumbaan di sini dan saya gembira kerana dapat melakukan pusingan terpantas hari ini.

"Kali ini saya dapat rasakan jentera berada dalam keadaan yang sempurna," jelas Rosberg selepas aksi kelayakan itu.

Nico Rosberg, F1, GP Jepun

Artikel Berikut

Artikel Lain