suria

Badminton: Beregu Pelapis Raih Gelaran Pertama, Zulfadli Kecewa

Jagdish Singh (kanan) dan Roni Tan Wee Long meraih gelaran antarabangsa buat kali pertama di Australia.

KUALA LUMPUR: Pasangan pelapis negara, Jagdish Singh/Roni Tan Wee Long meraih gelaran antarabangsa pertama mereka manakala Zulfadli Zulkiffli gagal di halangan terakhir kejohanan badminton Antarabangsa Sydney di Pusat Bola Jaring New South Wales, Australia.

Gandingan bukan pilihan itu menghadapi tentangan sengit daripada Wei ChenLiu/Yang Po Han dari Taiwan sebelum bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menang 13-21, 21-17, 21-11 bagi menjuarai acara beregu lelaki dalam masa 51 minit.

Kemenangan itu membolehkan mereka menebus kekalahan kepada lawan sama dipusingan pertama kejohanan Masters Malaysia di Stadium Perpaduan di Kuching Mac lepas.

Zulfadli kecewa untuk merangkul gelaran antarabangsa pertamanya musim ini selepas tewas 11-21, 12-21 kepada pemain utama Vietnam, Nguyen Tien Minh di final perseorangan lelaki.

Ini adalah kekalahan ketiga Zulfadli kepada pemain itu sejak Julai 2010.

Artikel Berikut

Artikel Lain