suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luke Shaw Perlu Lupakan Bola Sepak Untuk Enam Bulan - Van Gaal

PENGENDALI Manchester Untied, Louis van Gaal menjangkakan Luke Shaw terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya selama enam bulan selepas kaki kanan pemain itu patah dua.

Pemain skuad England itu mengahdapi kecederaan serius iaitu patah tulang betis selepas dirempuh pertahanan PSV Eindhoven, Hector Moreno dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Selepas menjalani dua pembedahan di Belanda, pemain muda itu pulang ke Manchester pada 19 September lalu untuk memulakan program pemulihan.

"Dia akan terkeluar dari pasukan sekurang-kurangnya untuk enam bulan. Kamu tidak boleh menjangkakan tahap pemulihan yang akan dilalui.

"Selalunya tempoh pemulihan akan lebih panjang dan kemudian dia perlu cergas sepenuhnya sebelum kembali ke padang," jelas Van Gaal.

Shaw menjangka akan kembali ke padang selepas enam bulan, iaitu penghujung Mac untuk menyarung jersi England pada aksi Euro 2016 yang bakal bermula pada Jun.


Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain